Presiden AS sebelum ini sering memainkan isu pengganas di timur tengah dengan melancarkan peperangan, tapi lain pula pada zaman Trump iaitu kita sudah nampak ia lebih pada peperangan ekonomi dunia.
Jika pemimpin dan rakyat tidak bersatu untuk menhadapi masalah krisis ekonomi mungkin sahaja sesebuah negara mampu mengalami krisis ekonomi yang melampau.
Dua hari lepas kecoh matawang turkish Lira merudum ekoran impak dari peperangan ekonomi dari AS yang sedang mencuba mengawal ekonomi sesebuah negara yang bergantung sepenuhnya dengan USD.
Sebelum ini kecoh isu AS-China berkaitan isu ekonomi dan kenaikkan tarif tapi hasilnya dua-dua negara melawan dengan cara ekonomi.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Turki akan memboikot produk teknologi Amerika sebagai tanda tindak balas dari Erdogan terhadap ekonomi AS.
Erdoğan menganggap AS menggunakan ekonomi sebagai senjata untuk memeras ugut negara-negara yang tidak ingin bersepakat dengannya.
Bukan itu sahaja, Erdogan juga merasai AS telah menggunakan ekonomi sebagai senjata untuk mengawal sesebuah negara yang engan mengikut telunjuknya.
"AS bukan sahaja mengganggu Turki malah wilayah dari China hingga Rusia, dan dari Iran ke Eropah turut di ganggu gugat menggunakan ekonomi sebagai senjata terbarunya."
Pakar berpendapat AS melakukan serangan ekonomi terhadap Turki disebabkan Erdogan engan melepaskan tahanan Andrew Brunson, yang dikatakn mempunyai tuduhan berkaitan keganasan di Turki sebelum ini.
Walaupun Trump menaikkan tarif pada import aluminium dan keluli dari Turki untuk mencabar. Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pula berkata Turki akan beralih ke pasaran baru serta rakan kongsi baru dan alat kewangan alternatif.
Itu tandanya Erdogan tidak gentar dengan serangan ekonomi dari AS terhadap Turki baru-baru ini. Pula itu Sekiranya AS menekan Turki melalui dolar, Erdogan akan mula menukar rakan stratergi lain.
Matlamat A.S. baru-baru ini adalah "untuk menjejaskan Turki dalam setiap bidang dari kewangan hingga politik," kata erdogan.
"Turki tidak akan menyerah diri," tegas Erdoğan.



Catat Ulasan