Setiap hari dalam fikiran kita akan timbul perasaan 'Bila Aku Nak Kaya Dan Berjaya?'. Tapi bila lihat dari setiap sudut kelihatan diri ini masih di takuk yang sama.
Apakah perubahan yang perlu kita usaha demi mencapai cita-cita yang dianggap selama ini hanyalah khayalan semestinya belajar untuk berubah serta perlu mempunyai sikap displin dan buang perangai suka tangguhkan sesuatu perkara.
Seterusnya jangan mudah terpengaruh dengan rancangan TV dan aktiviti membuang masa dan menghabiskan waktu bersama individu yang tidak suka kemajuan.
#1. Tumpuan Orang Kaya Adalah Peluang Bukan Halangan
Orang miskin sering memikirkan halangan terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang kejayaan yang bakal dicapai.
Manakala orang kaya pula tidak mempunyai masa untuk memikir halangan kerana mereka sentiasa usaha mencari laluan baru untuk mencapai kejayaan.
Katakan majikan menjadi halangan untuk anda berjaya, adakah anda perlu bersusah payah melawan untuk tunjuk siapa lebih hebat? Hasilnya anda hanya membuang masa sahaja kerana jalan penyelesaian paling tepat adalah berusaha untuk jadi lebih baik dari majikan.
#2. Si Kaya Tidak Menonton TV Seperti Mana Si Miskin Lakukan
Sebuah dokumentari AS menceritakan tentang isu ekonomi semasa dimana beliau memberitahu setiap rumah si miskin pasti mempunyai sebuah 'Kotak Bodoh' iaitu TV.
Beliau menambah lagi, TV ini dicipta khas untuk golongan malas berfikir dan gemar membuang masa berjam-jam.
Kerana sepatutnya waktu yang dihabiskan di depan kaca TV itu harus digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang menguntungkan.
#3. Orang Kaya Sentiasa Ingin Belajar Perkara Baru
Pernahkah anda mempunyai kenalan yang tidak suka melakukan perkara baru disebabkan tidak mempunyai minat apa kan lagi sering memberikan alasan tidak tahu?
Jika Ya, sila ucapkan selamat tinggal kepadanya kerana tiada satu pun pekerjaan di muka bumi ini yang bersesuaian dengan manusia walaupun sebagai artis mahupun sebagai ahli perniagaan.
Hakikatnya orang kaya juga perlu menghadiri pelbagai khusus serta majlis komuniti demi menambah ilmu pengetahuan.
Malangnya si miskin pula masih membuang masa untuk mencari kesalahan kerajaan, majikan, rakan kerja atau mungkin cikgu yang pernah mengajarnya di sekolah dulu.
#4. Si Miskin Mengikat Perut Demi Penuhkan Simpanan Sedangkan Si Kaya Sibuk Mencari Peluang Pelaburan
Tajuk diatas mungkin membuatkan anda keliru tapi jangan risau saya akan terangkan lebih terperinci.
Menahan lapar demi penuhkan tabung adalah perbuatan sia-sia kerana faktor kesihatan juga adalah keutamaan.
Katakan anda menabung di bank, agak mustahil ia mampu memberikan anda pulangan yang besar setiap tahun kerana anda harus ingat perkataan 'bank' tidak pernah menguntungkan manusia.
Apa yang anda perlu lakukan adalah belajar cara orang kaya menguruskan kewangan mereka.
Dinasihatkan supaya jauhi dari aktiviti pelaburan yang tidak sah dan pastikan ia disahkan oleh kerajaan dan bank negara.
#5. Yang Kaya Makan Western Food, Yang Miskin Pun Makan Western Food?
Bukan tidak layak untuk merasai makanan barat yang berharga sekitar RM25 sepingan cuma alangkah baik jika makan masakkan sendiri yang lebih menguntungkan.
Peniaga makanan di facebook pun semakin hari semakin dasyat cara pengiklanan mereka. Maka si miskin seperti saya juga telah mengambil langkah berjaga² sebelum tergoda untuk mencuba hidangan mereka yang kelihatan sangat menyelerakan.




Catat Ulasan