Skyscraper - Sebuah filem yang dilakonkan oleh The Rock(Dwayne Johnson) dari awal sehinggalah penghabisan yang penuh dengan tanda tanya. Poster iklan filem ini juga pernah mendapat kritikan oleh individu di media sosial yang tidak dikenali
Kritikan itu adalah berkaitan dengan teori lompatan yang dilakukan oleh The Rock yang penuh dengan kiraan matematik dan logik.
Bagaimanapun pada kami ia bukanlah satu masalah bagi penonton, cuma yang penting adalah aksi yang dilakonkan itu adalah diluar kotak fikiran penonton haa tepuk tangan untuk pengarah Rawson Marshall Thurber.
#1. Kelajuan Yang Diperlukan Oleh The Rock Untuk Lompatan
Kepada yang sudah menonton filem ini, anda pasti tahu The Rock melakonkan watak yang memakai kaki palsu berpunca kisah lama beliau semasa menjadi tentera FBI.
Untuk dapatkan lompatan yang jauh ramai yang berpendapat seseorang itu memerlukan larian yang laju supaya dapat buat lontaran badan yang maksima.
Tapi dalam filem ini watak utama dia seorang tempang yang bergantung pada kaki palsu adakah logik untuk melakukan larian yang maksima? Manakala dari ideologi kami pula adalah tidak memandang apa yang ada semata-mata kerana kami percaya ia mempunyai mesej untuk penonton.
#2. Kenapakah Zhao Berikan Akses Penuh Kepada The Rock?
Kalau ikut logik bukankah lebih baik tablet itu di simpan tempat yang selamat supaya tidak berlaku apa-apa kecuaian atau boleh buat dalam bentuk yang lebih mesra pengguna iaitu seperti jam atau telefon pintar.
Maka pilihan kami adalah bukan disebakan bentuk barang tapi kami dapati ia adalah berkaitan sikap tanggungjawab seseorang terhadap amanah yang dipikul. Ia berusaha memanjat untuk masuk kedalam bangunan bukan sahaja demi mendapatkan semula tablet yang dicuri tapi lebih kepada melaksanakan sebahagian tanggungjawab dia kepada ahli keluarga dan pekerjaannya.
#3. Benarkah Bangunan The Pearl Dalam Skyscraper Akan Menjadi Realiti?
Lakonan filem ini mungkin seperti di Hong Kong walaupun ia hanyalah di dalam sebuah studio yang penuh dengan dinding hijau.
Juga ada menyatakan mempunyai sebuah bangunan yang lebih tinggi dari Burj Khalifa. Pula tu bangunan itu dilakonkan seperti berada di Hong Kong walaupun bangunan itu tidak wujud.
Dalam arena konspirasi benarkah bakal ada bangunan yang lebih tinggi dari Burj Khalifa atau ia hanyalah filem apa pun sama-sama kita nantikan.
https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_tallest_buildings





Catat Ulasan