Demi tingkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat maka kerajaan malaysia pun menyambut baik pelabur asing, setelah Lalamove tekankan pengiklanan melalui Facebook ramai netizen telah melihat sekaligus menunjukkan minat yang tinggi untuk sertai.
Kepada yang masih belum tahu, 'Lalamove' menyediakan peluang pekerjaan dan perkhidmatan terutama dalam bidang penghantaran, sumber yang kami terima adalah ia juga menyarankan peserta menggunakan kenderaan sendiri supaya tidak terikat dengan masa kontrak.
Konsep pekerjaan ini kelihatan sudah mula diguna pakai oleh beberapa syarikat sebelum ini iaitu Food Panda, Grab, Uber , Dahmakan. dan EasyParcel.
Atas tinjuan kami syarikat diatas ini turut menyediakan peluang pekerjaan yang tidak terikat dengan masa bagaimanapun masih tetap mempunyai kadar (KPI) untuk setiap individu yang berdaftar.
Kini di malaysia sudah mempunyai pelbagai perkhidmatan penghantaran yang menyediakan pekerjaan bebas dari senipis surat yang disediakan oleh EasyParcel seterusnya teksi sapu untuk kemudahan penumpang Grabcar dan dari segi pemakanan pula Food Panda, GrabFood, Dahmakan.
Kami dapati Lalamove mungkin bakal menyediakan perkhidmatan kesemuanya kerana syarikat turut memberi peluang kepada individu bermotosikal.
Lalamove juga menyarankan calon untuk menghadiri sesi latihan sebelum memulakan penghantaran demi menjaga etika ketika melaksanakan tugas dan amanah ketika menjaga barangan pelangan.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada disember 2003 di Hong Kong dan dikenali sebagai Easy Van pada ketika itu. Setelah itu ia menaik taraf perkhidmatan kepada truck dan motorsikal kerana telah mempunyai permintaan tinggi dan pendaftaran pemandu yang semakin ramai.
Diasaskan oleh Chow Shing Yuk Akhirnya Lalamove mengembangkan perniagaannya hampir keseluruh asia untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.
https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/home


Catat Ulasan