Gempa berkekuatan 6.7 magnitud telah menggegarkan wilayah utara Hokkaido dan telah memusnahkan bangunan-bangunan dari laporan Geologi AS (USGS).
Laporan sumber, sembilan orang maut dalam tanah runtuh manakala 366 orang cedera disebabkan gegaran.
USGS mengeluarkan kenyataan gegaran yang melanda pulau Hokkaido mempunyai kedalaman 33.4 kilometer(21 batu). Ia turut telah merosakkan loji kuasa utama Hokkaido dan menyebabkan hampir 3 juta isi rumah tiada bekalan kuasa.
Kerosakkan loji kuasa itu telah memberhentikan saluran air ke rumah, kereta api dan pusat lapangan terbang kerana tidak mempunyai sistem telefon.
Pegawai penyelamat Jepun mempunyai makanan kecemasan yang dapat menampung sebanyak 2,000 orang sahaja manakala mangsa yang lain harus saling berkongsi atau menahan lapar.
Perdana Menteri Abe mengeluarkan satu kenyataan akan menghantar sekitar 25,000 tentera dan anggota lain ke Hokkaido untuk bantuan operasi menyelamat serta melakukan pemantauan.


Catat Ulasan