Akhirnya sebahagian kedai runcit jenama 7-Eleven akan mula menerima pembayaran digital Apple Pay dan Google Pay bermula di negara AS mulai bulan ini.
Ketua pegawai pemasaran 7-Eleven AS mengumumkan bahawa pembayaran mudah alih yang akan dilaksanakan sekitar 66,000 lokasi di seluruh 17 negara akan berkuat kuasa tidak lama lagi.
Itu bermakna Malaysia turut bakal menerima sistem pembayaran Apple Pay dan Google Pay cuma baru-baru ini syarikat induk Berjaya telah memperkenalkan dompet digital Razer Pay.
Dompet digital itu turut diperkenalkan diseluruh anak syarikatnya termasuk 7-Eleven bagi memudahkan pengguna dan mengikuti teknologi semasa dimana mengutamakan keselamatan kewangan pelangan.
Penilaian dari pihak kami pula adakah kaedah pembayaran di masa akan datang akan lebih sukar kerana sekarang pun sudah merasakan mempunyai pelbagai syarikat mula memperkenalkan sistem pembayaran digital yang berkonsep kena menambah nilai dahulu sebelum menggunakan.


Catat Ulasan