Dunia

Utusan Malaysia Menawarkan VSS Kepada Kakitangan Disebabkan Kewangan Syarikat Tidak Stabil

Jabatan Tenaga Kerja berkata Utusan Melayu(Malaysia) Bhd merancang untuk menawarkan skim perletakkan jawatan secara sukarela kepada semua 1,300 pekerjanya kerana syarikat mengalami masalah kewangan yang tidak stabil dan Utusan Malaysia berhasrat untuk membuat pembayaran VSS secara ansuran.



Dalam satu kenyataan yang dimaklumkan Kementerian Sumber Manusia tentang perkara itu, pihak mereka telah mengadakan perbincangan dengan Utusan pada 16 Ogos selepas dakwaan timbul bahawa Utusan ingin memberhentikan pekerja mereka.


Utusan juga mengaku telah menangguhkan gaji kakitangan selepas Jabatan Buruh Kuala Lumpur menyiasat perkara itu pada 18 September berikutan laporan MalaysiaKini bertarikh 15 September bahawa gaji kakitangan Utusan telah ditangguhkan sejak bulan Ogos.



Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar Utusan adalah sebanyak 256,247 naskhah tetapi pada 2009 jualan harian akhbar menjunam ke 169,548 naskhah.


Dijangkakan bahawa sebanyak 20% kakitangan semua kategori akan menerima tawaran VSS kata Jabatan Buruh sambil menambah ia akan berterusan mengadakan perbincangan bersama pihak Utusan untuk melangsaikan pembayaran kepada kakitangan tanpa menggunakan kaedah ansuran.


Jabatan Buruh juga mendesak majikan supaya memberi taklimat mengenai tindakan yang perlu diambil bagi membantu kakitangan yang terlibat mendapat pekerjaan baru bagi mereka yang berminat.


Sumber the edge markets, harga saham Utusan turun 17.7% atau 3 sen kepada 14 sen pada Jumaat, berikutan berita mengenai VSS yang akan berlaku sekaligus membuatkan stok mereka menjunam sebanyak 64% dalam tempoh 12 bulan yang lalu.


Penilaian kami dapati bahawa Utusan turut bersangkut paut dengan politik semasa berikutan masalah kewangan bukan isu yang baru malah ia sudah pun lama berlegar malah ada pihak tertentu turut pernah memetik bahawa syarikat itu sedang mengalami kerugian teruk tapi masih bernafas jadi siapakah yang jadi payung mereka selama ini?


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)