Sumber mengatakan mangsa adalah seorang wartawan yang telah ditemui mati yang dipetik dari sumber pihak berkuasa turki dengan mendakwa tubuh mangsa telah dikerat-kerat dan wajahnya dicacatkan.
Laporan juga mengatakan mayatnya ditemui di kawasan taman kedutaan Arab Saudi di Turki. Setelah PM Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta Riyadh mendedahkan lokasi mayat Khashogi.
Erdogan juga mendakwa pembunuhan kejam wartawan pengkritik Putera Mahkota, Mohammed Salman itu telah dirancang terlebih dahulu. Kerajaan turki juga melakukan penilaian bahawa mempunyai sekitar 15 ejen Saudi yang terlibat dalam komplot itu.
Arab Saudi turut dikatakan telah memusing cerita selama dua minggu dengan menafikan Khashogi sudah meninggal dunia.
Tidak lama begitu setelah beberapa anggota dari Turki membuat siasatan dapati wartawan itu telah dibunuh sekaligus kerajaan Arab Saudi mengaku beliau terbunuh dengan alasan pergaduhan di dalam kedutaan dan berkata kes pembunuhan itu bukan dari arahan kerajaan Saudi.
Dari beberapa sumber mengatakan Jamal Khashogi adalah penduduk Amerika Syarikat yang hidup dalam buangan di Virginia turut mempunyai teori kuat dimana mungkin ada kaitan dengan kerabat diraja Saudi.


Catat Ulasan