Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) mengambil peluang ini untuk membangunkan bakat-bakat baru dalam bidang keselamatan siber bersama industri tempatan.
Pelajaran di universiti turut harus mempunyai program yang selari dengan permintaan dalam bidang yang diperlukan oleh industri tanpa membuang masa pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan.
Bidang ini juga mempunyai beberapa bahagian iaitu kategori penasihat, pusat operasi keselamatan, sistem integrasi dan juga para pelatih untuk meningkatkan lagi tenaga kerja tempatan dalam bidang ini.
Masalah dunia pada hari ini adalah mengalami kekurangan bakat atau pakar dalam bidang keselamatan siber jadi kita harus membina kumpulan atau industri tempatan yang menyediakan perkhidmatan keselamatan siber demi menjaga keamanaan sistem negara.
Mengenai gaji dalam bidang siber turut menjadi salah satu isu dalam industri dimana mengikut kajian statistik pekerja ditawarkan gaji yang rendah dengan bakat keparan mereka.
Malaysia dari pihak kerajaan mahupun dari industri harus wujudkan peluang pekerjaan dalam bidang ini demi menyokong pasaran tempatan sebelum mengeksport bakat ini ke rantau ASEAN oleh itu tawaran gaji harus juga selari dengan kepakaran individu.


Catat Ulasan