Huawei memperkenalkan kad memori berwajah baru yang sama bentuk seperti Nano SIM untuk model baru mereka. Pengumuman itu juga dilakukan selepas pembentangan model telefon baru mereka Mate 20 dan Mate 20 pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Kad NM singkatan dari Nano adalah 45 peratus lebih kecil dari microSD yang telah digunakan sekitar 15tahun dahulu. Kad memori Nano ini mampu mencapai ruang storan sebanyak 256GB dan berkelajuan 90MB/s pemindahan.
Pada telefon model Mate 20 dan Mate 20 Pro, Kad NM akan menggunakan slot SIM dimana pengguna boleh membuat keputusan sama ada menggunakan SIM2 atau kad Nano.
Buat masa ini kad memori Nano ini hanya direka khusus untuk peranti Huawei sahaja serta mana-mana syarikat pengeluar yang menggunakan teknologi sama.
Pihak media masih menanti tentang harga Kad NM keluaran Huawei itu jadi biarkan mereka merancang bagaimana untuk jadikan Kad NM sebagai realiti.


Catat Ulasan