Venezuela adalah salah satu daripada beberapa negara secara rasmi telah berusaha untuk membangunkan matawang crypto untuk negara sendiri. Ia juga akan dianggap sebuah negara paling canggih jika akan datang benar-benar menggunakan matawang crypto.
Negara ini juga dikatakan sedang mencari pelombong yang ingin bertanggungjawab keatas matawang negara yang baru supaya setiap transaksi dapat berjalan dengan lancar.
Manakala aktiviti melombong matawang crypto negara akan dipantau oleh kerajaan disebabkan semua perlu mendaftar sebelum memulakan aktiviti pelombongan supaya ia dapat dikawal oleh pihak berkuasa.
Pendaftaran setakat ini kelihatan telah mencecah sekitar 860,811 peserta yang berminat untuk bersama membangunkan aktiviti perlombongan untuk matawang crypto Petro.
Media tempatan melaporkan bahawa pelombong juga akan menikmati manfaat lain seperti dapat mengakses matawang crypto yang lain jika Petro sudah 100% diluluskan oleh kerajaan Venezuela.
Pihak luar juga tidak terlepas bertanya tentang satu perkara iaitu jikalau projek ini dibawah kekuasan kerajaan adakah pelombong itu perlu membayar cukai demi mendapatkan lesen kebenaran atau pun mungkin ia akan lebih membebankan rakyat.


Catat Ulasan