Ada yang berpendapat hidup di dunia ini ibarat sedang berjudi iaitu tidak berusaha bagaimana nak hidup.
Namun jika kita berbalik kepada soal agama aktiviti judi hanyalah tipu daya syaitan yang ingin melalaikan dan menyesatkan manusia yang sibuk mengejar kesenangan di dunia.
Sekali pandang memang kita terlihat seakan sedang berjudi di dunia tanpa perlu naik Genting Highland, sebagai contoh kita lihat dari segi kerjaya setelah lepasan zaman persekolahan.
Tidak ramai yang betul-betul ikut bidang semasa di kolej dahulu kerana ada sahaja yang terpaksa bekerja di kedai buku atau apa sahaja yang berada di depan mata supaya tidak membuang masa demi menunggu kerjaya yang diminati atau mengikut bidang yang sama di kolej.
Ada bekas pelajar bidang arkitek dan ada juga dalam bidang perniagaan, tapi selepas tamat zaman belajar kita lihat bermacam-macam bidang kerjaya yang pernah diusahakan sehingga beranak pinak pun masih belum lagi jadi sebahagian dari ahli arkitek mahupun ahli perniagaan.
Permasalahan diatas ramai yang memberitahu bahawa golongan ini selalu memberi alasan dan terlalu memilih kerjaya. Ya benar, tapi jika kita kearah positif berbaloikah membayar sijil mencecah ribuan ringgit tapi tidak dapat kerjaya sama seperti yang kita pelajari?.
Berbalik pada topik berjudi, benarkah berjudi dapat menjadikan seseorang kaya? jawapannya tidak, kerana berjudi ini dalam kategori nasib tambahan lagi yang jenis ber-sistem atas talian.
Pautan : https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3619-bayan-linnas-siri-ke-207-bahaya-judi
Zaman sebelum internet aktiviti perjudian ini ada pelbagai jenis dari secara terbuka tepi jalan mahupun tertutup tapi sekarang jangan risau kerana tanpa keluar rumah pun seseorang itu boleh berjudi dengan melalui Internet sahaja.
Penulis pernah duduk semeja dengan kaki gambling ni, memang benar ada yang pernah menang sehingga puluhan ribu tapi duit yang menang itu tidak tahu habis kemana katanya.
Jika perasan syarikat-syarikat besar pun ada menggunakan konsep berjudi dalam setiap program pemasaran mereka, korang pernah lihat iklan 'beli 3 bungkus dan bakal memenangi sebuah motosikal yamaha terbaru' atau iklan berbunyi sebegini 'mula menabung hari ini dan korang bakal memenangi sebuah kenderaan BMW'
Nampak tak bagaimana dunia akhir zaman sedang berfungsi dari sekecil-kecil perjudian sehingga sebesar-besar perjudian telah diperkenalkan kepada umum.
Mana yang perasan awal memang akan menjauhi tapi kepada yang cuma nampak duit atau hadiah sudah semestinya akan terjerumus dengan tipu daya iklan yang dipaparkan di kaca TV dan lain-lain.



Catat Ulasan