Dalam bidang pemasaran bukan sahaja perlu fikir bagaimana untuk cipta produk baru contoh hari ini pisang goreng tahun depan cempedak goreng pula.
Dalam posting ini bukan kami nak jual box makanan tapi ia hanyalah sedikit pengetahuan yang anda perlu tahu tentang trending semasa dalam arena peniagaan makanan.
Tahukah anda bahawa banyak industri makanan/minuman hanya menukar bentuk bungkusan mereka untuk melariskan jualan berbanding menambah atau menukar produk baharu. Jika tahun lepas bungkusan mereka berwarna biru maka tahun ini akan bertukar menjadi warna merah setelah itu iklan mereka akan muncul di setiap kaca tv kita.
Box makanan kertas kini telah menjadi trending dikalangan peniaga makanan disebabkan mudah melakukan penjenamaan sendiri demi mengekalkan kualiti tersendiri.
Ia juga dapat menaikkan lagi pemasaran kerana pelangan lebih selesa untuk membeli makanan yang dibungkus dengan teliti dan kemas sepertimana yang diterapkan oleh pengusaha fastfood tempatan.
Penggunaan kertas juga dapat membantu menjaga persekitaraan bumi berbanding penggunaan plastik, jadi kepada yang sedang pening nak memasarkan produk makanan / minuman tu cuba anda perhalusi dahulu reka bentuk bungkusan yang ada sekarang adakah ia menepati citarasa pembeli.
Pautan Reka Bentuk : http://www.mrm.gov.my/design_publication/design_magazine/2008_3/Magazine_Reka_3_2008.pdf




Catat Ulasan