Dunia

Penjara 2 Tahun Jika Merokok Di kedai Makan Mulai 1 Januari 2020


Umum mengetahui larangan merokok di kedai makan atau restoran sudah dilaksanakan pada Januari lalu. Malah, sudah banyak papan tanda larangan merokok letakkan di kedai makan dan di tempat awam.

Bermula 1 Januari 2020, tindakan undang-undang terhadapat perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan mula dikuat kuasakan .

Perokok yang ingkar larangan tersebut akan didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Perbuatan merokok wajib dibekukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari premis.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orangyang didapati merokok di kawasan kedai makan. 

Sumber :- Kementerian Kesihatan Malaysia

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)