Jenama kenderaan Tesla diluar negara sedang giat menambah baik teknologi dalam badan kenderaan mereka tapi malangnya sehingga hari ini masih belum ada model yang sempurna.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk melancarkan model kenderaan baharu diberi nama "Cybertruck" elektrik dan ketika pertunjukkan itu berlangsung dia turut berusaha untuk menunjukkan ketahanan kenderaan itu tetapi setelah melakukan ujian di bahagian cermin tingkap ternyata gagal setelah mendapati cermin itu retak.
Dia juga sempat bergurau dengan mengatakan kenderaan itu sesuai digunakan oleh pihak berkuasa california untuk memantau peserta demonstrasi di jalanan.
Malangnya selepas ujian bebola logam dilemparkan ke bahagian tingkap dengan menggunakan arahan 'Demo Tesla Glass Armor' mendapati kaca tingkap retak.
Usahawan teknologi Tesla dan SpaceX berkata kepada orang ramai di studio Tesla di Hawthorne, dengan tenang memberitahu kawasan tingkap ini akan diberi keutamaan selepas ini kerana ia mungkin target utama ancaman dari luar.
Kesimpulan yang kami dapat belajar disini adalah tidak semua ciptaan manusia itu buat-buat terus jadi kecuali ia disertakan sekali dengan kesabaran dan usaha yang tinggi demi mencapai kepuasan yang maksima.


Catat Ulasan