Coldplay adalah band rock British yang dibentuk di London pada tahun 1996. Empat ahli yang terdiri daripada vokalis / pemain piano utama Chris Martin, gitaris utama Jonny Buckland, pemain bass Guy Berryman dan pemain drum Will Champion berada di University College London dan berkumpul dari tahun 1996 hingga 1998.
Khabar gembira kepada peminat kumpulan Coldplay's dari London, mereka kembali dengan album terbaru yang berjudul Everyday Life yang telah dilancarkan semalam 22 november 2019.
Album ini terdiri dari dua disc berjudul Sunrise dan Sunset, kandungan dia juga dirangka dengan konsep perang dunia pertama. Ada yang berkata Everyday Life ini adalah album ekperimental Coldplay.
Cara pemasaran album terbaru ini juga diberitahu mempunyai sedikit perbezaan iaitu Coldplay mengiklankan album mereka di akhbar-akhbar tempatan yang terpilih.
Penulis secara tidak langsung juga suka menonton muzik video official milik Coldplay kerana terdapat keunikkan walaupun adakalanya agak kurang faham apa yang ingin disampaikan melalui animasi muzik video mereke.
Kali ini musik video mereka dikatakan telah buat di Jordon dengan campuran element musik slow and steady serta ada penyanyi latar yang menyokong alunan musik yang dimainkan.



Catat Ulasan