Dunia

Ookyo Telco Akan Dihentikan Perkhidmatan Tidak Lama Lagi

Ookyo dilacarkan pada tahun 2017 dibawah Maxis sekaligus penggunanya terus akan dipindahkan kepada Hotlink Red. Kami mencari sedikit sebanyak maklum balas dari pengguna sebelum ini mengatakan bahawa khidmat pelangan mereka sangat teruk dan susah untuk mendapatkan sebarang bantuan berkaitan.



Disahkan pada 21 Jan 2020 semua pengguna akan dipindahkan kepada Hotlink Red bagi menanggani permasalahan penutupan, laman web ookyo.com.my juga telah berhenti berfungsi yang ada cuma pemberitahuan notis penutupan.


Kepada yang telah menempah SIM dari Ookyo tapi masih belum dapat jangan risau kerana anda akan dapat SIM Hotlink Red bermula pada 21 Jan 2020.




Selain itu, pelanggan juga akan diberikan kuota data 8GB percuma sebagai hadiah selamat datang. Sah selama 30 hari, pelanggan juga akan menerima pas Social Non-Stop RED yang memberikan mereka akses tanpa had kepada Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter, dan Pinterest untuk tempoh yang sama.


Ookyo adalah salah satu telekomunikasi digital pertama Malaysia yang diuruskan sepenuhnya melalui aplikasi dan anda membayarnya seperti langganan streaming. Perkhidmatan ini dilancarkan beberapa bulan lebih awal daripada tapp Digi dan Celcom's Yoodo. Cadangan utama Ookyo adalah data tanpa had untuk aplikasi kegemaran anda pada hanya RM30 / bulan. Jika anda memerlukan lebih banyak, anda boleh membeli pas tanpa had untuk aplikasi individu. Di samping itu, anda boleh mendapatkan kembali wang tunai 10% dalam bentuk kredit Google Play untuk setiap perbelanjaan yang anda buat.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)