Dunia

Ulasan : Filem M4M4 (2020) Dendam Seorang Ibu Dan Sedikit Seram

Tajuk filem bunyi macam MAMA tapi tak pasti sebab apa dia letak M4M4 adakah sebab nampak unik atau ada maksud tertentu? Tidaklah dapat kami nak pastikan.



Tapi mengikut komen dari beberapa penonton mereka mengatakan sangat berpuas hati dengan hasil lakonan Nabila Huda kerana berjaya membawa watak penuh dendam dan kelihatan sedikit mental.


Hasil tontonan kami pula dapati ia sebenarnya tidak sepatutnya meletakkan dibawah kategori seram kerana ia lebih kepada dendam dan tekanan perasaan diatas sebab kehilangan anak perempuan yang dipercayai mati dirogol oleh beberapa orang remaja ntah mana datang pun tak tahu.



Nak dijadikan cerita anak perempuannya mati dirogol semasa pulang dari sekolah, tapi tidak silap kami remaja lelaki itu telah bersubahat dengan rakan sekolahnya sebelum berlakunya kes pembunuhan.


Ringkasannya Nabila Huda sebagai watak ibu mengalami tekanan selepas dapati anak perempuan dia mati dirogol dan dari situ bermulanya perjalanan untuk membalas dendam terhadap si pelaku. Tapi yang kami peliknya dah kenapa filem ini ada scene hantu?


Yang balas dendam bukan roh si mati tapi ibunya sendiri yang menyamar seakan jelmaan roh anaknya konon nak balas dendam. Dalam filem ini juga berkait dengan siasatan polis tapi pengarah seolah menunjukkan pegawai polis itu lemah dalam bab siasatan sehingga ibu mangsa membuat keputusan sendiri bagi membela kematian anaknya.


Jadi tak tahu dimana bahagian seramnya sebab ikutkan tidak perlu pun menonjolkan watak hantu(syaitan) untuk menakutkan penonton yang semestinya sedang menanti apakah tindakan selanjutnya oleh ibu mangsa.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)