Dunia

Ulasan : Filem ROCK 4 (2020) Yang Lama Dibawa Ke Baru

Yang lama dibawa ke baru maksud kami adalah zaman rock di Malaysia semakin pudar disebabkan mempunyai pelbagai aliran muzik moden.



Kisah dalam filem ROCK 4 ini memiliki pelbagai mesej tersembunyi berkaitan muzik dan kumpulan band lama. Dimana ia mengisahkan perjalanan ringkas sekumpulan band muzik rockers tempatan yang telah mengharungi pelbagai onak berduri demi mencapai cita-cita untuk menjadi kumpulan muzik rockers yang terkenal suatu ketika dahulu.


Namun dalam ROCK 4 menunjukkan ada kumpulan muzik anak muda yang ingin membawa aliran rockers kembali tapi gagal kerana pelbagai kisah tragedi yang mereka perlu lalui terutama masalah dalaman kumpulan sebagai contoh penggunaan dadah dan zaman.



ROCK 4 pada kami ia terlalu sunyi kerana terlalu membuang masa penonton untuk lihat scene flashback kenangan lama yang menunjukkan mereka kemalangan dan lain-lain pada filem ROCK sebelum ini.


Penulis dapat rasa ini adalah filem ROCK yang terakhir kerana pelakon utama ROCK sebelum ini semuanya sudah tiada dan hanya tinggal dan masih hidup selepas kemalangan didalam VAN iaitu pemandunya. Dan dalam filem ini pemandunya itu telah sedar dari koma lalu cuba menjadi pengurus kumpulan band anak jirannya sehingga akhir.


Filem ini juga sangat ringkas dan membuang masa penonton kerana terlalu sunyi dan perlahan sebab terpaksa menonton semula flashback dan permasalahan dan sejarah kumpulan band tanah air yang terjebak dengan pengggunaan dadah.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)