Dunia

Cara Batalkan Akaun Grab Car Driver - Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan Grab iaitu salah satu syarikat perkhidmatan E-Hailing yang terkenal di Asia.



Tapi ketika zaman pemerintahan kerajaan (Pakatan Harapan) di Malaysia industri ini telah banyak di tokok tambah mengikut undang-undang yang agak mengecewakan kepada pemain industri dan paling utama para pemandu juga telah banyak terkesan walau menggunakan kenderaan sendiri.


Ketika itu pemandu sambilan dan sepenuh masa e-hailing sedang ditekan oleh sekelompok pemandu teksi yang ingin undang-undang sama rata tapi (jika boleh biar pemandu teksi diutamakan).



Namun sejarah perkembangan e-hailing di Malaysia dikatakan telah dibantu oleh sekelompok pemandu teksi pada awal dan lama kelamaan setelah pemain industri e-hailing sudah berkembang pemandu teksi pula terasa seakan di anak tirikan jadi bermula kisah antara pemandu teksi dan pemandu e-hailing.


Tidak cukup dengan itu ketika pemerintahan kerajaan (Pakatan Harapan) selama 22 bulan, pemain industri e-hailing Malaysia seringkali di ganggu dengan pelbagai undang-undang baru. Mulai dari itu juga pemandu e-hailing sedia ada sudah mula tawar hati dan terbahagi kepada dua keputusan iaitu meneruskan pemanduan secara sambilan/sepenuh masa dengan ikut segala undang-undang baru atau berhenti.


Undang-undang baru yang membuatkan sebahagian pemandu e-hailing tawar hati

- Lesen PSV

- E-hailing insurans

- Kenderaan sendiri diwajibkan PUSPAKOM tahunan

- E-hailing Vehicle Permit(EVP)

- Komisen apps tetap 20%

- Banyak $$$ saringan dari (APAD/JPJ/PUSPAKOM)

- Lewat hadir PUSPAKOM bakal didenda RM150 oleh JPJ

- Bla bla bla!! banyak lagi. . malas nak taip sebab tiada yang percuma


Kepada pemandu Grab Car yang sudah mula mencari jalan keluar maka cara pembatalan akaun secara atas talian sangatlah mudah jika anda mempunyai kemahiran penggunaan PDF dan Emel.



Anda boleh muat turun gambar diatas dan convert kepada pdf setelah selesai lengkapkan borang sila hantar melalui emel support@grab.com .


Dengan cara hantar borang diatas ini juga anda boleh keluarkan semua baki duit dalam akaun Grabcar. Selepas itu anda juga perlu berurusan dengan (JPJ/PUSPAKOM/APAD) untuk menukar status kenderaan e-hailing kepada persendirian dan cara-caranya akan dikemaskini di artikel akan datang.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)