Zaman peniaga makanan Western food membuat tawaran chicken chop sekitar harga RM4-RM6 Berbaloikah ?
Pada awal tahun 2000 kita sudah terbiasa dengan harga chicken chop iaitu dari RM8 sehingga RM10.90 dan keatas mengikut suasana dan kawasan tertentu. Ketika itu juga pada penulis kuantiti yang disediakan agaklah berbaloi atau bermaksud puas juga makan chicken chop yang ada isi.
Korang mesti nak kecam penulis kan tentang isu ini, apa pun sila teruskan membaca sekadar untuk pengetahuan bersama. Berbalik pada cerita ini penulis ada lakukan beberapa cubaan antara chicken chop standard dan chicken chop bajet hasilnya memang meragukan sedikit.
Chicken Chop Bajet RM4-RM6
Setelah melakukan tinjauan terhadap hidangan chicken chop bajet, penulis berpendapat ia memang tidak berbaloi sama sekali kerana kulit dan tepung melebihi dari isi ayam, kuantiti kentang dan coslow pun kurang apa pun harga sekitar RM4-RM6 memang mengecewakan tapi tidak salah jika anda nak mencuba.
Chicken Chop Standard RM8-RM12
Walaupun harga standard, kuantiti hidangan tetap bergantung pada keikhlasan peniaga makanan sama ada berniaga mengikut etika atau nak untung semata-mata. Apa pun ia tetap masih berbaloi jika nak dibandingkan dengan chicken chop bajet.
Diatas ini adalah ulasan penulis sebagai pelangan yang pernah memesan hidangan chicken chop bajet RM5.90 di sebuah restoran pendalaman. Tiada niat untuk mengecam mana-mana restoran yang terlibat dengan perniagaan chicken chop harga bajet cuma jika berkemampuan cuba kaji semula dan duduk di tempat pelangan apakah anda berpuas hati atau tidak.
Bayangkan jika pelangan anda memesan dua chicken chop bajet harga RM6 sepinggan dengan kuantiti sedikit adakah lebih baik mereka memesan chicken chop saiz standard dengan harga kurang sama RM12 sepinggan dan sudah tentu isinya tebal lagi banyak.


Catat Ulasan