Akhir tahun 2020 Malaysia dikejutkan dengan pelbagai isu misteri dari dalam jabatan hingga diluar jabatan namun apakah yang sedang berselindung dibalik semua ini?
Jika tanya penulis beranikah seorang pegawai jawatan rendah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang jika bukan mendapat arahan dari ketua. Walaupun perkara ini dijadikan sering dimainkan oleh pihak media namun apakah statement dari pihak SPRM? adakah masih duk kalut berbincang dalam selimut masing-masing.
Sumber berita mengatakan kartel daging sejuk beku yang berjaya ditumpaskan mengandungi campuran daging terlarang iaitu Kuda dan lain-lain yang menyerupai. Pula tu dikatakan cop halal luar negara juga dikatakan meragui atau palsu bagi mengelirukan umat Islam di Malaysia.
Non-muslim mungkin tiada masalah jika termakan dari salah satu produk ini tapi bagi umat Islam di Malaysia sangatlah terkesan kerana jika logo halal palsu bermakna ia seakan memakan makanan yang berstatus Bangkai
Penulis harap ada jabatan yang ada sekarang ini haruslah membuat rombakan 2-3 bulan sekali supaya dapat mencegah rasuah secara terang-terangan. Yang peliknya sehingga sekarang tiada berita mengenai dalang yang menerima rasuah di jabatan-jabatan tertentu, adakah masing-masing sedang berbincang secara dalaman atau sedang cuba membuat lakonan iaitu menggunakan konsep keldai hitam sama-sama kita nantikan episod ini.
Mengikut sumber dari negara jiran iaitu Indonesia mendapati mereka sudah terlebih awal dapat mengesan beberapa jenama termasuk Allana yang sedang Viral di media semenjak tahun 2019 tapi di malaysia baru dikesan pada hujung tahun 2020. Ada berpendapat pihak KPDNKK masih belum memberi maklum balas terhadap serbuan yang dibuat kerana spekulasi mengatakan ia mungkin produk jenama tiruan untuk mengaburi pihak berkuasa tempatan.


Catat Ulasan