Peneroka haram di Malaysia sebenarnya sudah lama diperhatikan oleh penduduk tempatan namun yang menjadi isu adalah kemanakah perginya penguatkuasa?
Sebut tentang penguatkuasa pasti seluruh anggota terkesan walaupun tidak menerima rasuah tapi berbalik pada ceritanya siapakah ketua yang memberi arahan? Mana mungkin anak buah berani bermain api jika tidak ada backup dari orang atasan contoh isu PTI di negeri Sabah yang semakin tidak terkawal.
Berbalik pada isu kebun Musang King di raub telah dibongkar dan sumber memberitahu ada NGO tertentu yang membuat siasatan, netizen pun terus menyalahkan penguatkuasa kerajaan negeri adakah buta sebelah mata atau kedua-duanya sekali.
Bayangkan harga Musang King sekilo berapa termasuk berapa tahun diperlukan untuk besarkan pokok durian di tanah haram. Jadi selama itu juga kemanakah perginya ketua kampung, penguatkuasa dan lain-lain yang terkait.
Isu ini terbongkar bilamana politik negara silih berganti sehingga satu persatu dicungkil dan dibawa ke pihak berkuasa. Sehubungan itu peneroka haram ini juga telah membuat lawak bodoh dengan cuba menegakkan benang yang basah bermaksud mereka bersatu untuk mendapatkan kelulusan untuk meneroka tanah kerajaan negeri pahang.
Mana mahunya wei! sebabnya itu tanah sudah diteroka secara haram pula tu puak ini telah mengaut keuntungan dari hasil tanaman di tanah haram. Macam kita menjaja di atas kawasan pejalan kaki tapi bila diserbu penguatkuasa tahulah pula marah pastu cakap rasis la apa laa dah tu kau berniaga dikawasan yang tidak dilesenkan memang kena angkutlah.
Sama kes macam isu peneroka haram di raub ni laaa.. bila dah kantoi kau bising-bising bawa gambar sultan pahang dan bendera negara Malaysia konon minta simpati sedangkan terang-terang puak ni meneroka cara haram tak kan pula kerajaan negeri baik hati nak bagi seorang satu sebidang tanah pula banyak cantik muka puak ni.
Sumber beritahu sebanyak 204 pekebun membuat rayuan makhamah dan serta merta ditolak kerana ia tidak masuk akal, seramai itu juga telah berkebun di tanah haram sebesar 2,167 hektar tanah kerajaan negeri yang sudah dijajah tanpa disedari dan akhirnya kawasan tersebut akan dikosongkan serta merta.


Catat Ulasan