Dunia

SETEL : Aplikasi Pengisian Petrol Petronas Atas Talian Gagal Kembalikan Wang Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

Setel telah menaik taraf sistem iaitu dengan mengizinkan pengguna membuat pembelian menerusi potongan kad debit/kredit tapi apa yang berlaku bilamana sistem mereka gagal?



Kisahnya begini, anda sedang cuba mengaktifkan pam menerusi pembiayaan atas talian dengan menggunakan SETEL namun ketika itu pembelian anda menjadi error! pada masa sama wang dalam akaun bank telah dipotong oleh SETEL menerusi kad debit/credit.


Pihak bantuan pula menjawab wang itu akan dikembalikan maksima tempoh 5 hari waktu bekerja, malangnya setelah menanti lebih dari tempoh yang dijanjikan masih juga tiada refund dari pihak Setel Ventures jadi ia telah bertukar kepada isu SCAM! .



Sebenarnya penjelasan diatas telah berlaku pada diri penulis dimana ia terjadi di station petrol yang sama iaitu Petronas Bandar Manjalara Kepong. Isu ini telah pun berlaku sebanyak 2 kali berturut di tempat yang sama, penulis pun tidak pasti sama ada SETEL yang bermasalah atau Petronas Bandar Manjalara yang menjadi punca ralat.



Apa pun jika ada yang terbaca artikel ini harap korang tidak sewenangnya hubungkan SETEL menerusi kad debit/kredit kerana tempoh mereka melakukan refund sangatlah lama. Mereka akan senyap sehingga korang terlupa dan tidak pernah memeriksa statement bank adakah wang telah dikembalikan atau tidak.


Setelah perkara ini terjadi pada penulis untuk kali ke-dua, maka penulis mengambil kesempatan dengan membuat beberapa ulasan disini berkaitan aplikasi SETEL yang hanya sah di Petronas sahaja.


Perkara yang seharusnya dilakukan oleh pihak Setel ventures adalah memastikan pelangan telah selesai mengisi petrol baru membuat pembayaran atau setelah mengesan nozle diletakkan semula ke tempatnya.


Seterusnya pihak bantuan mereka seperti robot dan tidak sangat membantu, isu tak selesai dah mohon maaf banyak kali naik runsing dibuatnya. Patutnya cepat-cepat cari penyelesaian sebabnya pelangan sedang menunggu untuk proses pengisian petrol sekurangnya beritahu apa jalan penyelesaian.


Macam kes penulis sekarang pihak SETEL masih jalani siasatan adakah patut buat refund atau tidak sebabnya sistem mereka kata petrol sudah diberikan selepas pembayaran berjaya dilakukan menerusi kad bank tapi pengguna cakap duit sudah ambil tapi petrol tak bagi peninglah macam ni.


Jika ada perkembangan baru dari pihak Setel Ventures penulis akan kemaskini artikel ini semula supaya korang tahu apa kesudahannya kisah ini.


Kemaskini refund 12/12/2020


Kemaskini refund (terkini)

Akhirnya kedua-dua refund itu telah dikembalikan semula kedalam wallet penulis selepas pihak SETEL melakukan pengesahan CCTV dan sebagainya di lokasi petrol station tersebut. Walaubagaimanapun pihak SETEL harus kemaskini sistem mereka supaya kejadian ini tidak akan berlaku lagi.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)