Dunia

Pekerja ByteDance Di India Akan Diberhentikan Beberapa Peratus

ByteDance adalah syarikat China iaitu pemilik app Tiktok. Baru-baru ini New Delhi, India telah mengeluarkan arahan melarang app china dan sekaligus ia mengakibatkan pemberhentian pekerja tempatan secara besar-besaran.



Jurucakap syarikat itu turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia terasa sedih kerana terpaksa mengurangkan pekerja setelah mencapai kira-kira 2,000 kakitangan di India.


Sebelum larangan itu, India adalah pasaran antarabangsa terbesar untuk TikTok, dimana telah mengumpul lebih dari 200 juta pengguna aktif Tiktok setiap bulan. Ikutan isu penyekatan ini adalah masalah ketegangan geopolitik antara kedua-dua negara. New Delhi mengatakan bahawa aplikasi ini terlibat dalam aktiviti yang menimbulkan ancaman terhadap "keselamatan nasional dan pertahanan India, yang akhirnya mempengaruhi kedaulatan dan integriti India."



Dalam satu kenyataan oleh Ji Rong Kedutaan Besar China di India, mengatakan larangan negara untuk aplikasi China melanggar garis panduan oleh Organisasi Perdagangan Dunia. "Langkah ini melanggar prinsip WTO yang tidak diskriminasi dan prinsip persaingan yang adil dari ekonomi pasaran.


Sumber : Techcrunch.com


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)