Dunia

The Queen's Gambit - Drama Bersiri Netflix Ada Mesej Tersembunyi

Drama The Queen's Gambit yang ditayangkan di saluran Netflix mengisahkan seorang kanak-kanak yatim handal dalam permainan catur Chess.



Kisah ini telah diambil dari sebuah novel diberi nama The Queen's Gambit dan ditulis oleh Walter Tevis's sekitar tahun 1983 berdasarkan sumber wikipedia.


Penulis percaya selepas korang nonton drama ini pasti akan belajar sesuatu iaitu wanita ini telah berkecimpung dalam bidang yang sama semenjak kanak-kanak iaitu hanya dengan bermain catur. Bukan itu sahaja dalam drama ini juga telah memberi mesej dimana wanita ini telah mengulang kaji caturnya dengan tujuan dapat menjadi pemain terbaik dunia suatu hari nanti.




Berikut seperti yang kita ketahui setiap perkara pasti ada tok Guru dimana dalam kisah ini wanita tersebut telah pelajari permainan catur dengan petugas rumah anak yatim itu yang diberi nama encik shaibel. Dalam kisah ini juga telah diceritakan wanita ini menjana pendapatan dengan hanya masuk setiap pertandingan catur yang diadakan oleh mana-mana penganjur.


Berbanding rakan-rakan dia yang lain dimana bertungkus-lumus mencari pekerjaan yang lebih bersesuaian namun pemain catur ini hanya fokus dengan setiap pertandingan yang bakal dia sertai untuk memenangi sejumlah wang.


Kisah lanjut boleh rujuk di saluran Netflix https://www.netflix.com/title/80234304 , sebelum itu cerita ini ada selit sedikit adegan seksi namun ia tidaklah ketara dan masih ada tapisan.



Selepas habis menonton drama ini penulis terus bermain catur dengan sistem komputer dan telah memenangi permainan tersebut cuma tak menarik adalah kerana tidak dapat hadiah. HEHEHE!


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)