Dunia

Negara Asia Termasuk Malaysia Bakal Menerima Kehadiran Penstriman Disney + Hotstar

Akhirnya kaki penstriman tidak lagi perlu menggunakan perkhidmatan VPN untuk menonton Disney +.



Sebelum ini di Asia wajib menggunakan VPN namun selepas ini ia sudah boleh diakses secara terus tanpa perlu sebarang pertukaran alamat Internet Service Provider (ISP).


Hotstar adalah platform penstriman yang popular dari India yang dimiliki oleh Walt Disney Company India. Menurut sumber , kami dapat melihat kandungan Disney + disertakan bersama kandungan Hotstar yang lain dan mungkin satu-satunya cara orang Asia Tenggara dapat mengakses kandungan Disney + secara rasmi.


Disney + Hotstar telah dilancarkan di Indonesia dan akan berkembang ke Malaysia juga Singapura. Kami dapat menjangkakan perkhidmatan tersebut akan dilancarkan di Singapura pada 23 Februari 2021 sebelum pelancaran Eropah Timur, Hong Kong, Jepun, dan Korea Selatan pada akhir tahun ini.


Untuk negara-negara Asia Tenggara yang lain, belum ada berita mengenai tarikh pelancaran platform ini, tetapi akaun Instagram untuk Disney + Hotstar Malaysia kini disiarkan dan disahkan, dengan penerimaan perhatian dari peminat mengenai pelancaran tersebut.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)