Agensi pengurusan mendiang Song Yoo-jung, telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan pengebumiannya diadakan secara senyap-senyap sesuai dengan keinginan keluarganya.
Menurut laporan dari Korea Selatan hari ini, artis Song Yoo-jung, 26, meninggal dunia secara tiba-tiba pada 23 Januari, dan pengebumiannya akan diadakan hari ini (25 Jan).
Walaupun keadaan kematiannya tidak disebutkan, beberapa media melaporkan sebelumnya bahawa dia telah membunuh diri. Walau bagaimanapun, ia belum dapat disahihkan.
Yoo-jung bermula sebagai model kosmetik, dan membuat penampilan sulungnya dalam drama Golden Rainbow. Dia juga berlakon dalam drama Make Your Wish and School 2017, dan muncul dalam video muzik Goodbye Road oleh iKON.


Catat Ulasan