Filem seram Penunggang Agama yang diarahkan oleh Syafiq Yusof telah berjaya menyampaikan mesej iaitu manusia bertopengkan sya-itan.
Penulis berpendapat filem ini ringkas tapi memberi kesan kepada penonton dimana ia telah berjaya membuatkan penonton tertanya siapakah dalang sebenarnya.
Sabrina Ali memegang watak sebagai ibu tiri kepada Zul Ariffin telah dijadikan sebagai mangsa keadaan yang tidak mempunyai banyak dialog dalam filem tersebut tapi berjaya menghidupkan suasana seram disebabkan beliau sering mengalami masalah gangguan mistik kerana makan makanan yang mempunyai sihir.
Ada yang berpendapat filem ini berdasarkan kisah benar kerana masalah gangguan mistik tersebut dimulakan dengan menerima makanan(dijampi) daripada seseorang yang dikenali atau pun tidak. Aktiviti ini memang popular dikalangan orang melayu yang suka berkongsi lebihan rezeki kepada jiran-jiran terdekat cuma ia boleh dimanupulasi oleh orang yang berniat jahat seperti sihir pukau dan gila.
Seperti biasa dalam filem seram Melayu pasti akan kaitkan dengan tok Imam untuk menghalau masalah sihir tapi tidak pada filem ini kerana penyihir itu telah mengambil keputusan untuk membunuh diri sendiri atas hasutan dari ib-lis.
Terdapat beberapa mesej yang ingin disampai kepada penonton adalah jangan mudah terpedaya hanya kerana seseorang itu mempunyai publisiti, kepada umat ISLAM adalah lebih baik mula pelajari dan menghafal setiap surah dalam Al-Quran untuk pendinding dan sentiasa memohon bantuan dari yang maha Esa dan jangan lagi percaya terhadap sebarang tangkal atau petua turun temurun.
Kisah ini juga telah menunjukkan bomoh itu ingin membolot semua harta keluarga tersebut dengan itu ia telah dimulakan dengan sihir gila atau dikenali dengan nama Sihir Majnun.
Sihir Majnun
Juga dikenali sebagai junun dalam bahasa Arab. Maksud majnun atau junun ialah gila. Tujuan sihir ini dibuat adalah semata-mata agar mangsanya menjadi gila; mungkin karana dendam, pertikaian, perebutan harta dan lain-lain.
Tanda-tanda seseorang terkena sihir ini ialah:
- Melatah, pelupa, bingung
- Meracau ketika berbincang
- Mata kuyu
- Gelisah
- Berjalan ketika tidur tanpa sedar - Sumber


Catat Ulasan