Dunia

WarungKu Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Untuk Inisiatif Peluang Pekerjaan

WarungKu, platform e-dagang seperti Grabfood dan Foodpanda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi untuk menjadi sebahagian platform alternatif kepada peniaga dan penghantar.



Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif ini berlaku setelah dapati platform dalam talian sedia ada mula mengenakan caj perkhidmatan yang sangat tinggi sehingga 35% sekaligus sehingga timbul kesulitan kepada pengusaha.


Selain membuat platform, WarungKu berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penunggang bagi membantu melancarkan proses penghantaran makanan, di mana SME Corp akan menghasilkan sekitar 5,000 penunggang di seluruh negara tahun ini.



Berdasarkan peningkatan jumlah penunggang berikutan wabak Covid-19, selain dari platform e-dagang ini, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN Nasional) juga telah memberikan bantuan sebanyak RM10,000 untuk pinjaman untuk pembelian motosikal dan kos baik pulih.


Oleh itu, dengan semua bantuan ini sangat yakin bahawa platform e-dagang WarungKu akan mendapat sambutan yang baik dari pengusaha dan pengguna di seluruh negara.


Sumber - TheEdge


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)