Dunia

Hiburan

Tempatan

Penaja

Pasaran

Latest Updates

WarungKu Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Untuk Inisiatif Peluang Pekerjaan

Mac 31, 2021

WarungKu, platform e-dagang seperti Grabfood dan Foodpanda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi untuk menjadi sebahagian platform alternatif kepada peniaga dan penghantar.



Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif ini berlaku setelah dapati platform dalam talian sedia ada mula mengenakan caj perkhidmatan yang sangat tinggi sehingga 35% sekaligus sehingga timbul kesulitan kepada pengusaha.


Selain membuat platform, WarungKu berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penunggang bagi membantu melancarkan proses penghantaran makanan, di mana SME Corp akan menghasilkan sekitar 5,000 penunggang di seluruh negara tahun ini.



Berdasarkan peningkatan jumlah penunggang berikutan wabak Covid-19, selain dari platform e-dagang ini, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN Nasional) juga telah memberikan bantuan sebanyak RM10,000 untuk pinjaman untuk pembelian motosikal dan kos baik pulih.


Oleh itu, dengan semua bantuan ini sangat yakin bahawa platform e-dagang WarungKu akan mendapat sambutan yang baik dari pengusaha dan pengguna di seluruh negara.


Sumber - TheEdge


Ulasan Filem Penunggang Agama (2021)

Mac 30, 2021

Filem seram Penunggang Agama yang diarahkan oleh Syafiq Yusof telah berjaya menyampaikan mesej iaitu manusia bertopengkan sya-itan.



Penulis berpendapat filem ini ringkas tapi memberi kesan kepada penonton dimana ia telah berjaya membuatkan penonton tertanya siapakah dalang sebenarnya.


Sabrina Ali memegang watak sebagai ibu tiri kepada Zul Ariffin telah dijadikan sebagai mangsa keadaan yang tidak mempunyai banyak dialog dalam filem tersebut tapi berjaya menghidupkan suasana seram disebabkan beliau sering mengalami masalah gangguan mistik kerana makan makanan yang mempunyai sihir.



Ada yang berpendapat filem ini berdasarkan kisah benar kerana masalah gangguan mistik tersebut dimulakan dengan menerima makanan(dijampi) daripada seseorang yang dikenali atau pun tidak. Aktiviti ini memang popular dikalangan orang melayu yang suka berkongsi lebihan rezeki kepada jiran-jiran terdekat cuma ia boleh dimanupulasi oleh orang yang berniat jahat seperti sihir pukau dan gila.


Seperti biasa dalam filem seram Melayu pasti akan kaitkan dengan tok Imam untuk menghalau masalah sihir tapi tidak pada filem ini kerana penyihir itu telah mengambil keputusan untuk membunuh diri sendiri atas hasutan dari ib-lis.


Terdapat beberapa mesej yang ingin disampai kepada penonton adalah jangan mudah terpedaya hanya kerana seseorang itu mempunyai publisiti, kepada umat ISLAM adalah lebih baik mula pelajari dan menghafal setiap surah dalam Al-Quran untuk pendinding dan sentiasa memohon bantuan dari yang maha Esa dan jangan lagi percaya terhadap sebarang tangkal atau petua turun temurun.


Kisah ini juga telah menunjukkan bomoh itu ingin membolot semua harta keluarga tersebut dengan itu ia telah dimulakan dengan sihir gila atau dikenali dengan nama Sihir Majnun.


Sihir Majnun

Juga dikenali sebagai junun dalam bahasa Arab. Maksud majnun atau junun ialah gila. Tujuan sihir ini dibuat adalah semata-mata agar mangsanya menjadi gila; mungkin karana dendam, pertikaian, perebutan harta dan lain-lain.


Tanda-tanda seseorang terkena sihir ini ialah:

- Melatah, pelupa, bingung

- Meracau ketika berbincang

- Mata kuyu

- Gelisah

- Berjalan ketika tidur tanpa sedar - Sumber


Advertisement

Cara Dapatkan Kod Diskaun Dari Foodpanda

Mac 02, 2021

Sedar atau tidak kita diam-diam cuba berubah mengikut peredaran teknologi dimana hampir semua perkara boleh dilakukan secara atas talian terutama melakukan tempahan makanan.



Semasa dahulu jika nak buat tempahan makanan harus buat panggilan kepada restoran supaya bila sampai je nanti terus boleh hidang atau tinggal nak pickup haaa itu pun kalau ada shares dengan tokey restoran.


Namun pada era 2020an ini teknologi sudah semakin berkembang dan hampir semua orang mempunyai akses kepada internet dan menggunakan peranti tahap spesifikasi tinggi maksudnya tidaklah terhegeh-hegeh macam android keluaran pertama dulu.




Dalam artikel ini penulis nak kongsikan cara mana nak manfaatkan kupon diskaun dari FoodPanda, tidaklah anda terasa mahal sangat. Macam penulis sentiasa berfikiran positif contoh fikir dari segi nak cari parking, beratur bayar parking dan paling penting kita juga boleh saling membantu untuk menaik taraf ekonomi abang penghantar.


Pautan Kod Diskaun FoodPanda

https://www.foodpanda.my/contents/deals


Diatas ini adalah original dari foodpanda namun boleh jadi ada kupon diskaun yang dikeluarkan oleh pihak ketiga untuk dimanfaatkan bersama. Setiap kupon yang ditawarkan juga hanya sah pada tarikh yang ditetapkan dan sentiasa akan berubah jadi sila rajin periksa kod diskaun sebelum berbelanja dengan foodpanda.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) Membuat Pembayaran Awal i-Lestari / i-Sinar Untuk Mac 2021

Februari 24, 2021

KWSP berkata keputusan itu dilakukan kerana tidak mahu berselisih dengan permohonan i-Sinar 2.0 pada bulan Mac 2021.



Semalam pages rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah mengumumkan jadual untuk pembayan bulan Mac dan ramai netizen terkejut kerana selalunya kena menunggu bulan tersebut tapi terima SMS pemberitahuan kemasukkan pula.


Adakah keputusan ini disebabkan penukaran CEO yang baru? apa pun ia sudah cukup bagus kerana orang ramai boleh membuat perancangan kewangan awal. Kerajaan turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berbelanja secara sederhana supaya dapat membantu golongan lain yang lebih memerlukan.



Namun jika duit yang kita ada disimpan dibawah bantal pun tidak boleh juga kerana susut nilai wang kertas itu tetap berjalan jadi seeloknya berbelanjalah sedikit supaya ekonomi negara terus bergerak walaupun perlahan.



Diatas ini adalah gambaran jadual pembayaran awal untuk Mac 21, jadi jangan terkejut jika dalam akaun bank masing-masing ada sejumlah wang.


Rampasan Kuasa Oleh Tentera Telah Berlaku Di Myanmar

Februari 01, 2021

Tentera Myanmar mengatakan ia mengambil alih negara itu dalam rampasan kuasa terhadap pemerintah yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi.



Kuasa akan dialihkan kepada Panglima Min Aung Hlaing dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh siaran berita tentera dalam masa negara itu telah pun mengisytiharkan darurat selama satu tahun. - Reuters



Pihak media antarabangsa berkata kelihatan pihak Tentera telah menguasai ibu kota Myanmar. Ada sumber lain juga telah memberitahu parti yang terjejas itu cuba mendesak rakyat untuk menentang "rampasan kuasa".


Tentera juga telah dikerahkan untuk berada di setiap jalan ibu kota Naypyitaw dan di kota terbesar Yangon, sementara itu gangguan internet dan telefon juga telah berlaku.


Kontroversi Tanam Teknologi Microchip Dalam Tangan

Januari 29, 2021

Kisah microchip ini telah wujud dalam beberapa buah filem barat namun sebagai penonton mungkin mengambil ringan terhadap mesej yang disampaikan.



Baru-baru ini kami terjumpa keratan akhbar berbahasa Malaysia tapi gagal sahkan tarikh akhbar tersebut. Ia menunjukkan bentuk microchip yang akan di tanam dalam tangan manusia manakala kegunaannya mungkin pengesahan indentiti, alat pengesan, alat pembayaran dan lain-lain spekulasi.


Filem barat yang ada selit kewujudan microchip adalah Iron Man, Kingsman dan banyak lagi. Pada mulanya mungkin ia hanya sekadar filem rekaan namun seperti yang kita ketahui setiap filem barat atau filem mana-mana negara pasti ada mesej yang tersembunyi.



Sumber video : Internet

Mungkin selama ini kita anggap setiap filem yang kita nonton adalah rekaan semata-mata tapi selepas beberapa tahun kemudian siapa sangka ia akan menjadi kenyataan?


Sementara benda ini masih belum dapat disahihkan oleh mana-mana pihak jadi eloklah kita berfikiran positif kerana dunia hari ini sedang bergelut dengan isu pandemik COVID-19 yang telah berjaya memberi kesan buruk kepada ekonomi setiap negara.


Pekerja ByteDance Di India Akan Diberhentikan Beberapa Peratus

Januari 27, 2021

ByteDance adalah syarikat China iaitu pemilik app Tiktok. Baru-baru ini New Delhi, India telah mengeluarkan arahan melarang app china dan sekaligus ia mengakibatkan pemberhentian pekerja tempatan secara besar-besaran.



Jurucakap syarikat itu turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia terasa sedih kerana terpaksa mengurangkan pekerja setelah mencapai kira-kira 2,000 kakitangan di India.


Sebelum larangan itu, India adalah pasaran antarabangsa terbesar untuk TikTok, dimana telah mengumpul lebih dari 200 juta pengguna aktif Tiktok setiap bulan. Ikutan isu penyekatan ini adalah masalah ketegangan geopolitik antara kedua-dua negara. New Delhi mengatakan bahawa aplikasi ini terlibat dalam aktiviti yang menimbulkan ancaman terhadap "keselamatan nasional dan pertahanan India, yang akhirnya mempengaruhi kedaulatan dan integriti India."



Dalam satu kenyataan oleh Ji Rong Kedutaan Besar China di India, mengatakan larangan negara untuk aplikasi China melanggar garis panduan oleh Organisasi Perdagangan Dunia. "Langkah ini melanggar prinsip WTO yang tidak diskriminasi dan prinsip persaingan yang adil dari ekonomi pasaran.


Sumber : Techcrunch.com


The Queen's Gambit - Drama Bersiri Netflix Ada Mesej Tersembunyi

Januari 26, 2021

Drama The Queen's Gambit yang ditayangkan di saluran Netflix mengisahkan seorang kanak-kanak yatim handal dalam permainan catur Chess.



Kisah ini telah diambil dari sebuah novel diberi nama The Queen's Gambit dan ditulis oleh Walter Tevis's sekitar tahun 1983 berdasarkan sumber wikipedia.


Penulis percaya selepas korang nonton drama ini pasti akan belajar sesuatu iaitu wanita ini telah berkecimpung dalam bidang yang sama semenjak kanak-kanak iaitu hanya dengan bermain catur. Bukan itu sahaja dalam drama ini juga telah memberi mesej dimana wanita ini telah mengulang kaji caturnya dengan tujuan dapat menjadi pemain terbaik dunia suatu hari nanti.




Berikut seperti yang kita ketahui setiap perkara pasti ada tok Guru dimana dalam kisah ini wanita tersebut telah pelajari permainan catur dengan petugas rumah anak yatim itu yang diberi nama encik shaibel. Dalam kisah ini juga telah diceritakan wanita ini menjana pendapatan dengan hanya masuk setiap pertandingan catur yang diadakan oleh mana-mana penganjur.


Berbanding rakan-rakan dia yang lain dimana bertungkus-lumus mencari pekerjaan yang lebih bersesuaian namun pemain catur ini hanya fokus dengan setiap pertandingan yang bakal dia sertai untuk memenangi sejumlah wang.


Kisah lanjut boleh rujuk di saluran Netflix https://www.netflix.com/title/80234304 , sebelum itu cerita ini ada selit sedikit adegan seksi namun ia tidaklah ketara dan masih ada tapisan.



Selepas habis menonton drama ini penulis terus bermain catur dengan sistem komputer dan telah memenangi permainan tersebut cuma tak menarik adalah kerana tidak dapat hadiah. HEHEHE!


 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)